Terung Masak Sambal Tumis Bilis

Sebenarnya saya bukanlah peminat terung, tapi saya akan masak juga disebabkan keluarga minat dengan menu berasaskan terung. Sambal terung ni, bukanlah susah nak dibuat, lebih kurang macam kita buat sambal goreng lepastu letakkan terung. Biasanya orang yang berusia emas memang suka, lebih-lebih lagi tektur terung yang lembut setelah dimasak.

InsyaAllah, jika ada kesempatan, Saya akan senaraikan menu-menu yang sesuai buat ibu ayah kita dan juga mertua kelak. Ya lah, bukan mudah tau nak ambil hati mertua, masakan adalah antara salah satu carannya. Ia juga menunjukkan yang kita ni benar-benar mengambil berat minat dan selera mereka.


Terung Masak Sambal Tumis Bilis

Bahan-bahan
Terung 3biji (Potong anggaran 3 inci dan dibelah 4)

Bahan A (dikisar)
Cili Kering 10biji (direbus) 
Ikan bilis (ikut suka) - tumbuk kasar
Bawang besar (1 @ 2 biji bergantung saiz)  
Bawang Putih 3 biji  



Cara-caranya
1. Goreng terung dahulu sehingga lembut dan asingkan
2. Tumis Bahan A sampai garing dan pecah minyak
3. Perasakan dengan garam/gula/perasa dan asam keping
4. Setelah masak, tutup api dan gaulkan terung atau boleh curahkan sahaja sambal diatas terung.
5. Sedia dihidang





Mudah kan? Lauk ini sedap dimakan dengan nasi panas bersama-sama ikan goreng atau ikan masin dan ulam-ulaman. 

Boleh la cuba ya.






0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...