Sup Tulang Siam Mix


Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan begitu juga dengan Sup Mamak, cuma sup mamak ni agak pekat.

Kali ni saya masak sup tulang siam mix, sebab saya akan mix kan sup melayu malaysia dengan sup siam. Rasanya sedap InsyaAllah.

Hari ni dah cakap kat anak-anak, malas sangat nak masak, cukup satu menu je la, mereka 3 beradik ni alhamdulillah tak banyak karenah, dari kecil pun macam tu, asalkan air tangan ummi dia, dia makan beria macam la sedap sangat.

Sup tulang ni memang favorite mereka, kadang-kadang mereka makan macam tu sahaja tanpa nasi, kalau makan nasi pula dengan sambal kicap dan timun. Simple je kan.

Masaklah sup ala siam ke, ala mamak ke ala mak siti ke semua dorang ok.

Sebelum ni masak sup tulang suka tumis campur rempah sup, jintan-jintan bagai, sejak makan sup tulang kedai siam ubah sikit cara masak. Alhamdulillah sedap juga kena dengan citarasa semua.

Meh nak share resipi cara saya, Mudah je.


SUP TULANG SIAM MIX 

Bahan-bahan
Tulang + Tetel - 2kg

Bahan A (dikisar)
Bawang Besar - 1bj
Bawang putih - 4 biji
Serai - 1 batang
Halia - 2 inci 

Bahan B
Sup Tulang Adabi (sup bunjut dan bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)

Bahan C
Lengkuas 2 inci (hiris)
Serai - 3 batang (diketuk)
Bawang Holand - 1/2 biji (dihiris)
Cili Api - 6 biji (dibelah)
Tomato - 2 biji (dipotong)
Daun Saderi - 2 batang (dihiris)
Daun ketumbar 
Limau Nipis - 1 @ 2 biji (ikut kesukaan)

Cara-caranya

1. Tumis Bahan B sehingga wangi (kecuali sup bunjut)
2. Tumis Bahan A dan Bahan C
3. Bila cukup wangi boleh letakkan bersama-sama tulang + tetel, garam dan sup bunjut didalam periuk pressure cooker, masukkan air sama paras dengan bahan dalam periuk, dan masak dalam pressure cooker HP 50
4. Setelah siap, tambah air secukupnya jika perlu, masukkan perasa dan perahkan limau (adjust rasa ikut kesukaan)
5. Masukkan tomato, daun saderi, daun ketumbar. 



Alhamdulillah, dah siap. Sesuai dimakan dengan nasi panas dan ulam timun sahaja. Ringkas dan sedap. Saya memang suka campurkan tulang dengan tetel, tapi pilih tetel yang kurang lemaknya, jadi dagingnya lembut sesuai untuk orang tua makan, takdelah liat, senang nak dimakan. 

Sup ni juga tak terlalu kuat rempah ratusnya dan tak terlalu masam pedas macam sup siam. Boleh adjust sendiri pedas dan masam ikut kesesuaian citarasa masing-masing.


minta anak dara ambil lengkuas sikit belakang rumah untuk masak sup, 
diambilnya macam nak masak rendang berkawah 😆😆





0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...