Kalau di daerah saya, biasa panggil Bubur Keledek, Kadang-kadang dengar orang tua panggil pengat, tapi cara masakan dan rasanya lebih kurang sama sahaja. Sebagai pemanis mulut, atau sesuai dijadikan menu minum petang. Boleh dimakan macam tu sahaja, atau dicicah dengan roti.
Saya memang suka keledek unggu untuk dijadikan bubur, rasa manis hujungnya kelat manja sedikit memang sesuai dengan cara begitu. Cara masaknya pun mudah, tak perlu ambil masa yang lama pun. Kadangkala saya letak bersama bubur cha cha ataupun saya mix kan dengan keledek putih, keledek oren serta sagu.
Saya share resepi paling ringkas yang saya biasa buat dengan bahan yang sedia ada dirumah sahaja.
Bahan-bahannya
Gula Melaka - 1 ketul
Gula Perang - secukupnya
Daun Pandan - 2 helai
Santan - ikut pekat/lemak yang diingini
Garam - secubit
Selamat mencuba!
0 ulasan