Ayam KFC Masak Sos Pedas Manis

Hari ni agak lewat memasak, rasa malas sikit, sebab penat menguruskan laman dan menyusun pokok-pokok orkid gantung. Kerja rumah memang tak pernah habis. Namun seronok melihat rumah kemas dan teratur, selesa dan tenang lebih-lebih lagi waktu PKP ni, dimana kita banyak menghabiskan sepanjang waktu dirumah bersama keluarga.


Nak masak, tapi malasnya nak keluarkan lauk basah yang beku dalam freezer tu, nak kena menunggu lagi.

Ternampak pula kotak KFC, baru teringat semalam ada order KFC, masih ada 3 ketul ayam. Biasalah bahagian dada terutamanya memang tak ramai yang minat.

Capai udang sikit, nampak pula ada 1 bekas kaki ayam yang jiran bagi, bolehlah buat tomyam, dan ayam KFC pula kita buat masak sos je la, masakan paling ringkas dan cepat.




Ayam KFC Masak Sos Pedas Manis 

Bahan-bahan
Ayam 3/4 ketul (dipotong kecil)
Bawang besar 1 biji (dihiris)
Halia 1 inci (dihiris)
Cili Api 5 biji (dibelah 2)
Tomato 1 biji (dipotong dadu)
Sos Cili Manis Thai
Sos Cili
Daun Limau Purut 3 helai
Daun Bawang



Cara-Caranya
1. Tumis semua bahan yang dihiris sehingga wangi
2. Masukkan Sos Manis Thai dan Sos cili (anggaran 1/2 cup)
3. Masukkan Sedikit Air
4. Masukkan garam/perasa@stock ayam/gula sesuai rasa yang diingini
5. Masukkan Ayam dan gaul sebati
6. Masukkan daun limau purut
7. Sedia dihidang

#boleh tambah nanas jika suka 👍






Alhamdulillah, dah siap, mudah dan ringkas, bila dah jadi lauk, makan dengan nasi panas memang sedap. 

0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...