Si Amaryllis yang cantik


Sambil breakfast pagi tadi, tenung je bunga ni dari jauh. Dia lah yang paling menonjol dengan warna merah terang gitu. Nama bunga ni Amaryllis, memang cantik namanya secantik rupanya, Amarillis ni dari bahasa Greek yang bermaksud kilauan.

Amaryllis (Αμαρυλλίς) is a female ancient Greek name and derives from the Ancient Greek verb “amarýsso̱ / amărýsso̱ (ἀμαρύσσω / ἀμᾰρύσσω)”, meaning “sparkle, shine”.

Selain tu ada yang memanggil bunga ini dengan nama bunga lily bawang. Bunga ini mempunyai ubi dan boleh ditanam melalui ubi tersebut. Ada yang kata ia berkembang waktu musim hujan. Walaupun saya ada bunga ni dirumah, tidak dapat dipastikan pula info tu, cuma sewaktu dia berkembang sekarang ni yang saya perasan memang lately ni, selang 1-2 hari hujan lebat disini. 

Setiap pokok biasanya mempunyai 4 -5 kuntum dan boleh bertahan selama beberapa minggu. Yang saya tahu bunga ini ada beberapa warna seperti warna merah, oren, putih, pink, biru dan kuning.


Ringkasan fakta Amaryllis 

Nama - Hippeastrum 
Keluarga - Amaryllidaceae
Tinggi - 30 hingga 60 cm 
Pendedahan - cahaya matahari


Setakat ini, pokok ini tidak memerlukan pemerhatian yang lebih, tanam dan siram macam biasa sahaja, kadang-kadang letak sikit baja bunga organik. Tiada penjagaan khusus dan sesuai la untuk saya yang sentiasa busy.


comel kan saya? 😊



Cara Penanaman Ringkas



Gambar ni saya rujuk dari website lain, boleh la jadi rujukan untuk yang berminat nak menanamnya ya. Anak pokok biasanya ada dijual di Shopee, 
time covid ni elakkan keluar, kita beli online je ok 😄

0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...