Ikan Bilis Lada Solok Goreng Taucu

Kelmarin ada iklan dari group jiran tetangga yang jual lada solok, mungkin tanaman sendiri, beli la sekilo dengan harga jualan RM8. Dalam group tu memang macam-macam jualan ada, kebanyakannya hasil tanaman, makanan siap, anak pokok dan mcm2 lagi la. Tengok lada solok ni memang fresh baru petik, dah tebayang-bayang nak buat jeruk la, goreng taucu la... hehehe

Tu yang harini kita berpungpang di dapur dengan menu ringkas ni. Jika asyik makan ayam, daging dan ikan je pun tak lalu juga, kena tukar makanan simple baru kena dengan selera.

Ikan Bilis Goreng Taucu ni saya suka gunakan lada solok atau cili hijau + cili api yang tak pedas sangat tu, letak banyak-banyak macam sayur dah. Tapi level pedas dia masih ditahap yang boleh terima lagi. Sesuai dengan orang yang tak kuat pedas macam saya. Lepas makan alhamdulillah tak pedih perut. Jom check mcm mana saya masak ya.

Ini bahan-bahanya

Ikan Bilis Lada Solok Goreng Taucu 

Bahan-bahan
Solok Lada (dihiris)
Ikan Bilis (digoreng)
Bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Bawang besar dan bawang putih (ditumbuk)
Taucu 2 1/2 sudu

Cara-caranya
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi
2. Masukkan taucu dan masak sebentar
3. Masukkan cili dan letak perasa jika suka, masakkan sekejap je
4. Akhir sekali tutup api kemudian baru masukkan ikan bilis dan bawang yang telah digoreng



yehh dah siap! mudah je kan... menu ni tak pedas mana pun, anak-anak pun suka makan


Zaman berjimat ni, macam-macam menu yang ringkas boleh kita cuba, mungkin bahan-bahan ni memang ada di dapur kita, kalau tiada semua pun, kita cuma perlu keluarkan budget yang sedikit. Dengan menu ni tak perlu dah lauk lain, ini sahaja dah cukup dimakan bersama nasi panas, timun atau ulam-ulaman.

Sedih juga baca sana sini ramai yang sedang susah, Semoga Allah mudahkan urusan mereka, bagi yang berkemampuan, bantulah mana yang boleh, check la kluarga kita dan adik beradik kita, cukup tak keperluan dorang, check la jiran-jiran kita, cukup ke bekalan makanan dorang. Kalau tak dapat bantu banyak, membeli jualan mereka pun mungkin dapat membatu meringakan sedikit beban mereka. Ok. Selamat Mencuba ya 😊

0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...