Sesiapa yang minat almond dan kuaci mesti suka kuih ni. Orang kata ni kuih kayangan.. hehe sebab bahan-bahan yang digunakan adalah kacang almond, kuaci2 dan tepung florentine yang kos keseluruhannya agak mahal berbanding kuih raya yang lain.
Tak pasti dari mana asalnya dan siapa yang menciptanya. Rasanya seakan kuih bepang kacang, cuma yang ni rangup dan lebih sedap.
Saya belajar ni dari cousin saya. Alhamdulillah memang jadi. Mudah sangat nak buat rupanya. Jadi saya share resepi disini, biar ilmu dikongsi kekal berpanjangan.
Florentine Almond Mix
Bahan-Bahan
500g florenta
500g almond
200g kuaci
250g pumpkin seed hijau
Black sesame
Cara-caranya
1. Bakar dulu almond , kuaci dan pumpkin sampai keperangan dan biarkan sejuk sebentar.
2. Gaul kesemuanya dengan florenta dan black sesame.
3. Masukkan adunan tadi sikit/nipis dlm bekas cup muffin yg base dia licin mcm kertas minyak tu.
4.Bakar dlm 8min, suhu 170c, nampak perang cair sikit boleh kluarkan dah.
5. Bila dah sejuk, blh kluarkan dari cup dan susun dalam bekas.
6. Cup tu blh pakai banyak kali macam acuan.
Mudah kan? Ok.. dah boleh buat, simpan dalam botol, buat kudap-kudapan kat rumah sambil tengok Netflix.. 😁😁
0 ulasan