Sandwich Telur Mudah dan Sedap

Kali ni saya nak share resipi mudah Sandwich Telur yang saya buat. Dah beribu-ribu keping sandwich ni terjual. Alhamdulillah, walaupun saya terima order untuk suka-suka je, jual pun dengan harga yang murah, tapi duit dari jualan sandwich ni berkat sangat, entah dari mana datang untungnya sedangkan bila dikira-kira mustahil la dapat untung sebanyak tu.

Apapun itu rahsia Allah, jadi saya share resepi ni pada pembaca, semoga dapat memberi manfaat, tiada bahan rahsia dan saya pun tidak ubahsuai resepi ni dengan sorokkan bahan-bahan tertentu, sebab bagi saya ianya memang sangat mudah dan sesiapapun boleh buat. 

Idea milik Allah, DIA yang beri dengan percuma, semoga hati ini sentiasa ikhlas berkongsi. Mana tahu dapat membantu orang lain pula mencari rezeki.


Sandwich Telur Mudah dan Sedap



Bahan-bahan
Telur Rebus - 10biji
Mayonis - 6 sudu (anggaran telur nampak lembab)
Lada Sulah - 1/2 sudu kecil
Secukup rasa - 1 sudu kecil
Daun Parsley kering - 1/2 sudu kecil
Gula - 1 sudu


Roti Whole wheat grain 
Cheddar Cheese
Salad mix
Tomato -  dihiris
Mayonis - untuk sapuan layer tengah-tengah
Planta/Daisy/Butter - sapuan nipis pada roti slice pertama dan akhir sahaja

Cara-caranya
Hancurkan kasar telur rebus
Masukkan mayonis, lada sulah, secukup rasa, parsley, gula dan gaul rata
Jangan kerap gaul, supaya telur tak terlalu hancur.
Buat layer ikut kesukaan anda.








kadang-kadang jika ada stok roti purple wheat Gardiner tu saya akan beli untuk buat lapisan di tengah-tengah, selain sedap, nampak cantik juga






Ini semua antara koleksi sandwich yang saya buat. Semoga bermanfaat 😊😊


0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...