Mee Kari Meriah Husyuba Favorite

Harini, dapat request daripada family nak makan Mee Kari. Mee Kari air tgn saya ni antara menu favorite keluarga (ni mereka kata, bukan saya kata) hehehe
 
Walaupun hanya mee kari, tapi nak buatnya tak semudah mee kari 2 minit tu (Maggi), tapi jika ada yang membantu InsyaAllah cepat la siap. 😁😁
 
So, ini resipinya
 

Mee Kari Meriah Husyuba Favorite
 
Bahan-bahan
 
Bahan A
Bawang besar 1 biji / Bawang putih 3 biji / Halia 1 inci (Kisar)
Daun Kari - 4
Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, buah pelaga

Bahan B (Rempah Tumis)
Rempah Kari Daging – 4 sudu
Rempah Kari Ikan – 2 sudu
 
Bahan C (Potong kecil)
Ayam / Udang / Sotong/ Kerang (Ikut Suka)
Fish Ball/ Fish Cake
Tauhu Kering
 
Bahan D
Air asam Jawa
Santan
Serbuk perasa (Jika suka)
Garam secukup rasa
 
Bahan E
Mee / Sawi Bunga (Dicelur)
Cili Merah / Cili Hijau / Daun Bawang/ Daun Sup (Hiris)
Limau Kasturi
Bawang Goreng 
Telur Rebus
Udang / Sotong Goreng (untuk Hiasan)
 
 
Cara-caranya
 
1. Panaskan minyak, tumis Bahan A sehingga wangi,
2. Bila sudah garing, masukkan Bahan B, masak hingga pecah minyak
3. Masukkan Bahan C, bila agak masak, masukkan air secukupnya
4. Masukkan Bahan D
6. Sedia dihidang bersama-sama Bahan E
 
 

Ada yang menggunakan kentang atau air tepung jagung untuk memekatkan kuah, namun saya suka mee kari yang tidak terlalu pekat dan tak tidak terlalu cair.

Di rumah ni kalau menu mee kari seharian pun tak apa, yang penting tauhu goreng tu mesti banyak.

Selamat Mencuba 😊



Sesekali boleh letak hiasan udang/sotong macam ni untuk hidangan keluarga, nampak lebih istimewa seperti gaya hidangan restoran mewah.
 

 

0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...