Resipi Capati Lembut 4 bahan

Chapati yang juga dikenali sebagai roti, safati, shabaati, phulka dan roshi,adalah roti yang tidak menggunakan ragi. Ianya berasal dari benua India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Afrika Timur, Semenanjung Arab dan Caribbean.

Orang Melayu pun suka capati yang dicicah kari dhal, kari kambing/ayam/daging, sambal sardin dan sebagainya mengikut selera masing-masing.

Mungkin sesekali kita boleh listkan capati dalam menu sarapan keluarga. Disamping sedap dan mengenyangkan, ia juga adalah menu sihat jika dimakan bersama kuah dhal kentang dan sayuran.



Resipi Capati Lembut 4 Bahan

Bahan-bahannya

Tepung Atta 500gm

Air Suam (secukupnya)

Minyak Sayuran (2 sudu)

Garam sedikit


Cara-caranya

1.Masukkan tepung atta dalam bekas besar yang sesuai.

2.Masukkan minyak dan garam, letakkan air suam sedikit demi sedikit

3.Uli sehingga menjadi doh (tak perlu uli lama2)

4.Tutup dengan kain, biarkan 30minit atau lebih pun tak apa.

Sementara tu, boleh buat kuah pencicahnya.


Selepas itu, boleh bahagikan doh kecil-kecil, dan gelek bagi nipis😅.

 

Masak terus diatas pan tanpa gunakan minyak (atau boleh guna minyak sapi)


Jika suka, kita boleh tambahkan daun bawang, bijan, yogurt dan sebagainya mengikut minat.

 
Setelah roti masak, boleh simpan dengan cara begini untuk kekalkan kelembutan roti capati

 

Selamat Mencuba!!

0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...