Kembung Kukus, Air Asam dan Pucuk Ubi

Kali ni kita buat masakan paling diminati ramai. Kembung Kukus, Air Asam dan Pucuk Ubi celur. Nak menaip ni pun dah rasa terliur sangat. Masakan mudah macam ni la yang buat kita tambah nasi tanpa sedar.

Tak nak bebel banyak sangat, boleh semak resipi dan video yang telah disediakan ok!



Kembung Kukus
 
Bahan-bahan
Ikan kembung
Serai
Garam
 
Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih
2. Letakkan garam dan serai yang diketuk
3. Kukus sehingga masak
4. Sedia dihidang
 

 
 

Air Asam Ummi Style
 
Bahan-bahan
 
Bahan A
Bawang besar 1biji
Cili Api 12 biji (ikut pedas yang disukai)
Cili besar merah (1biji)
Belacan
(Bahan-bahan diatas digoreng dahulu)
 
Bahan B
Asam jawa
Air dari kukusan ikan
Garam / Gula/ Perasa
 
 
Cara-cara
1. Bahan-bahan A dibakar dahulu kemudian ditumbuk.
2. Letakkan bahan B dan adjust rasa ikut kegemaran.
3. Sedia dihidang
 

Sedap dihidang bersama tomato, pucuk ubi dan bendi celur
 
Terliur tak? 😋😋 heheheh

Tak sangka posting di MAHN (Masak apa hari ni) dapat sambutan diluar jangkaan. 
Menu Desa juga yang buat kita berselera. 

Semoga posting ini bermanfaat buat semua ya.
 


Enjoy Video 😊😊




 

0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...