Kari Ikan Mamak Style, Telur Dadar Moringa dan Papadom

Mesti ramai yang minat Kari Ikan Mamak style. Memang ngam kalau makan dengan nasi panas, papadom, kubis goreng dan telur dadar ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ermmm nyummi!
 
Sebenarnya kadang-kadang saya suka letak sedikit santan untuk gantikan tairu. Kerana saya tak berapa minat kari yang agak masam dan pekat. Citarasa saya kari yang tak berapa pekat/cair dan tak minat jika kari berlemak sangat.
 
Jadi jika anda suka, anda boleh adjust masakan ini mengikut citarasa sendiri. 
 

 


Kari Ikan Mamak Style
 
Bahan-bahan
Ikan Tenggiri
 
Bahan A (Dihiris/dipotong)
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
Tomato
Daun Kari - 4
Mix Herbs (Halba, biji sawi etc)
Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, buah pelaga
 
 
Bahan B (Rempah tumis)
Rempah Kari Ikan – 3 sudu
Rempah Kari Daging – 2 sudu
 
Bahan C (Potong/dibelah)
Bendi - 6-7
Tomato - 1bj
Cili Hijau - 2bj
Daun Ketumbar
 
Air asam Jawa
Santan (Jika suka)
Serbuk perasa (Jika suka)
Garam secukup rasa
 
 
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan A
2. Bila sudah garing, masukkan bahan B, masak hingga pecah minyak
3. Masukkan ikan tenggiri dan air secukupnya
4. Masukkan Bahan C
5. Masukkan bahan D bila Bahan C hampir masak
6. Sedia dihidang
 
 

 
 
Telur Dadar Moringa
 
Bahan-bahan
Telur 6 biji
Daun Moringa
Bawang Besar
Cili Besar Hijau 1 bj
Cili Api Merah 1 bj
Tomato 1 biji
Garam/ Lada Sulah/ Perasa
 
Cara-cara
1.Hiris bawang, cili dan tomato
2. Pukul telur, masukkan garam, lada sulah dan perasa.
3. Tumis bahan hirisan hingga kekuningan
4. Masukkan daun Moringga
5. Masukkan telur, tutup kuali dan biarkan masak dengan api kecil
4. Sedia dihidang
 
Selamat Mencuba!! 



0 ulasan

Sup Tulang Siam Mix

Seperti yang kita tahu, Sup Tulang Siam, kebiasaannya, masam dan pedas. Sup orang kita pula dimasak dengan pelbagai rempah ratus tumis dan b...