Alhamdulillah, menu simple macam ni sentiasa membuka selera. Bukan kepada orang dewasa sahaja, tetapi kepada anak-anak muda juga, walaupun pelbagai menu hipster sentiasa ditayangkan di media masa.
Saya share resipi ringkas ini buat tatapan semua, semoga dapat memberi manfaat. InsyaALLAH.
Talapia Goreng
Bahan-bahan
Ikan Talapia
Kunyit Hidup
Lada sulah
Garam
Serbuk perasa jika suka
Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan dikelar rapat-rapat
2. Letakkan garam, lada sulah, perasa dan kunyit hidup yang ditumbuk lumat.
3. Goreng sehingga betul-betul garing dengan api sederhana
4. Sedia dihidang
Kembung Kukus
Bahan-bahan
Ikan kembung
Serai
Garam
Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan dikelar rapat-rapat
2. Letakkan garam dan serai yang diketuk
3. Kukus sehingga masak
4. Sedia dihidang
Sambal Belacan
Bahan-bahan
Bahan A
Bawang besar 1biji
Cili Api 15 biji (ikut pedas yang disukai)
Cili besar merah (3biji)
Tomato 1 biji
Belacan
(Bahan-bahan diatas digoreng dahulu)
Bahan B
Asam jawa
Limau kasturi
Air dari kukusan ikan
Garam / Gula/ Perasa
0 ulasan