Teringat kenangan masa kecil dulu, ikut nenek turun kebun cabut ubi kayu, kadang2 berdekah nenek ketawa, bila tengah cabut ubi tu jatuh tergolek macam nangka busuk. Sekarang semua tinggal kenangan.
Nenek memang suka buat ubi rebus. Jika tak direbus biasa, dia akan buat manis dan sedap makan macam tu sahaja. Sambal bilis cili api ada,kalau tak sambal tumis, tak pun sambal belacan... kadang-kadang tumbuk ubi, tumis bawang dengan cili, gaul sekali... sedapnya..
Baki ubi tu saya buat kuih keria ubi kayu sira gula melaka... Memang gebu, lembut didalam garing diluar.. Ini resepinya 😊
Keria Ubi Kayu Sira Gula Melaka
Bahan-bahan
Ubi rebus + gula (Ditumbuk/ dihancurkan) - 1 mangkuk (letak sedikit air suam jika terlalu kering)
Tepung Gandum - 3/4 mangkuk
Tepung Ubi - 1/4 mangkuk
Baking Soda - 1/2 sudu kecil
Garam - secukupnya
Cara-caranya
1. Uli hingga sebati, kemudian biarkan sekejap dalam 1/2 jam
2. Bentukkan doh seperti donut atau bulat-bulat mengikut bentuk yang disukai
3. Gunakan tepung ketika buat bentuk untuk elakkan doh melekat ditangan
4. Jika doh terlalu lembut, boleh tambah sedikit tepung, elakkan tepung banyak, nanti tektur kuih jadi keras.
5. Dah sedia boleh goreng.
Sira Gula Melaka
Bahan-bahan
1 1/2 biji Gula Melaka (di ketuk kecil)
1/2 cawan air
2 helai daun Pandan
4 Sudu Gula pasir
Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dan masak dengan api perlahan sehingga gula cair dan sedikit pekat.
2. Sirakan keria yang telah digoreng tadi dengan air gula melaka.
Siap minum petang kita!
Belanja sikit gambar ubi rebus dengan sambal tumis bilis petai... heheheh
Nyummmm!!
0 ulasan