Entah macam mana boleh terjebak tengok drama jam 10 malam tu, ni semua la nak jadi punca kan... Punca terpaksa mengadap TV walaupun tanpa kerelaan hati 😪
Best jugak drama ni walau kadang-kadang meremang juga sebab seram betul cerita ni hahahahahha
Seram?? Idoklah...
Biasalah kisah cintan cintun watak husb & wife yang bergaduh merajuk salah paham bla bla bla ... macam biasa, layan juga bila tengok sambil tergelak-gelak dengan orang tua kita.. ye lah.. takkan nak tengok benda yang kita suka je, sesekali ikut lah tengok drama apa yang orang kita sayang pula suka. Itulah masa berharga kita dengan mereka selagi mereka masih ada.
Dan sebab drama ni jugak la terpaksa kena masak rendang semalam!!
Sebab watak Sara tu rajin masakkan rendang untuk suaminya, walaupun suami dia kadang-kadang perangai macam....$%^**^%#@%& (malam nak cakap)
Enjoy video ya! mana tau jumpa watak hero dalam drama tu pula kat dalam video ni...hehehe
0 ulasan