Mungkin hanya kita yang tahu segala kelemahan dan kelebihan kita yang insan lain tidak nampak. Dan selalunya insan lain hanya memandang kepada kelemahan kita walau 1000 kali kebaikan yang kita lakukan. Asasnya ada dalam diri, Buatlah sesuatu demi Pencipta, bukan kerana manusia.
Fitrah manusia.. bila terjadinya sesuatu yang mencabar kesabaran dan harga diri, mulalah melatah, takkan peduli pun dengan tindakan yang diambil. Bertindak dahulu berfikir kemudian.
Kadang-kadang bila kita kerap bercakap dan mengungkit setiap kesalahan yang orang lakukan pada kita, lama kelamaan kita akan menjadi seperti dia. Keluarlah dari ruang yang sempit, dari tembok yang menghalang kita dari melihat perkara lain yang lebih baik. Bersyukur sentiasa, jangan sampai kita terlalu fokus dengan perkara yang merungsingkan kita, hingga kita lupa nikmat yang telah lama tersedia.
Umpama tersepak tunggul kita melompat-lompat sakit, adakah orang tersepak tunggul tersenyum gembira? spontannya perbuatan dan tindakan tu kadangkala tak tersempat nak terfikir baik atau buruknya, bila dah ada ruang waktu, dah mula bertenang, baru akal sendiri mampu menilai, mencari-cari dari mana ianya bermula...
Penatnya bergaduh dengan perasaan diri sendiri, rasa bersalah, rasa menyesal, mula berperang dengan sangkaan yang datang bertalu-talu.. sampai suatu ketika kita lelah dan mengalah...
Penatnya bergaduh dengan perasaan diri sendiri, rasa bersalah, rasa menyesal, mula berperang dengan sangkaan yang datang bertalu-talu.. sampai suatu ketika kita lelah dan mengalah...
Akhirnya kita biarkan masa berlalu, merawat segala kekecewaan perlahan-lahan sehingga bibit-bibit redha hadir dan kita mampu tersenyum kembali dengan sendirinya... kerana masa kan bisa merawat segalanya...
Setiap kepahitan akan berakhir, kelak akan datang juga manisnya. Ianya takkan kekal, ibarat roda yang berputar. Belajarlah memujuk diri sendiri walaupun tiada siapapun yang peduli, belajarlah motivasi diri sendiri walaupun tiada sesiapa yang prihatin dengan nasib diri.

Kekuatan datang apabila kita memaafkan mereka, memaafkan diri sendiri. Apabila kita mampu melupakan. Apabila kita ubah haluan pemikiran. Apabila kita sedar dunia ini sebenarnya luas. Apabila kita sedar sebenarnya Allah sayang kita.
Jangan sesekali menoleh, kembali mencari-cari kisah lama yang akan buat hati kembali berdarah. Senyumlah.. Ada banyak lagi perkara baik yang perlu kita teroka...
0 ulasan